Sunday, December 22, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga angkasawan berjaya berlabuh di stesen angkasa China

    BEIJING, 30 OKT – Tiga angkasawan berjaya berlabuh di stesen angkasa lepas China selepas pelancaran kru Shenzhou-19 awal hari ini, lapor Agensi Anadolu, AA.

    Kapal angkasa Shenzhou-19 dilancarkan dengan roket pembawa Long March-2F, hari ini, 4:27 pagi waktu tempatan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di Mongolia Dalam di wilayah Gansu.

    Tiga angkasawan itu ialah Cai Xuzhe, 48, Song Lingdong, 34, dan Wang Haoze, 34.

    Wang ialah angkasawan wanita China pertama manakala Cai berkhidmat sebagai komander misi terbaru. Ia merupakan misi kedua Cai dalam tempoh 22 bulan.

    Kru itu bertemu dengan angkasawan lain, yang dikenali sebagai taikonaut di China, untuk melakukan pertukaran syif dengan kru Shenzhou-18 di orbit.

    Anak kapal Shenzhou-19 akan mengawal operasi angkasa lepas daripada taikonaut Shenzhou-18, yang sedang bersiap sedia untuk pulang ke bumi selepas menjalankan penyelidikan angkasa lepas selama enam bulan.

    “Kami menjalani latihan sebagai satu pasukan selama lebih setahun, mengekalkan keadaan terbaik dan piawaian tertinggi dipatuhi,” kata Cai menjelang pelancaran. – Bernama

    Kru kapal angkasa Shenzhou-18 dan Shenzhou-19 ketika bertemu di angkasa lepas. – Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda