Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga bot bawa lebih 500 pelarian mendarat di Indonesia

    BIREUEN, 19 NOV – Tiga bot yang yang membawa lebih 500 pelarian Rohingya telah mendarat di wilayah paling barat Indonesia hari ini, kata agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), yang menyaksikan salah satu ketibaan terbesar sejak Myanmar melancarkan tindakan keras tentera ke atas kumpulan minoriti itu pada 2017.

    Rohingya yang kebanyakannya beragama Islam terus ditindas di Myanmar dan ribuan daripada mereka mempertaruhkan nyawa setiap tahun dalam perjalanan laut yang panjang dan mahal, selalunya menggunakan bot yang rapuh, untuk cuba sampai ke Malaysia atau Indonesia.

    Rakan sekutu agensi perlindungan pelarian PBB, Faisal Rahman memberitahu AFP bahawa sebuah bot telah tiba di daerah Bireuen di Provinsi Aceh, membawa 256 orang, manakala sekurang-kurangnya 239 yang lain tiba di wilayah Pidie Aceh dan sebuah bot yang lebih kecil membawa 36 orang tiba di Timur Aceh.

    “Mereka dijumpai di beberapa tempat,” kata Rahman hari ini.

    Daripada 256 yang menaiki bot Bireuen itu, 110 adalah wanita dan 60 kanak-kanak, katanya.

    Ia adalah bot yang sama yang telah ditolak semula ke laut oleh penduduk tempatan pada Khamis lalu, menyebabkan ia terkandas di pantai selama beberapa hari, menurut Rahman.

    “Ia telah disahkan… kerana ramai yang telah dikenal pasti oleh pegawai keselamatan semasa pendaratan,” katanya.

    Ketibaan terkini bermakna lebih 800 pelarian telah mendarat di Provinsi Aceh minggu ini sahaja, selepas 196 tiba pada Selasa dan 147 pada Rabu lalu, menurut pegawai tempatan. – AFP

    Para pelarian Rohingya berpusu-pusu turun dari bot sebaik sahaja mendarat di Ulee Madon, Aceh Utara, Indonesia, pada 16 November lalu. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda