Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga cedera dalam kebakaran kedai dobi

     

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Julai – Tiga orang mengalami kecederaan dalam kejadian kebakaran di kedai dobi di Bangunan Haji Harun, Jalan Pasir Berakas sekitar pukul 12 tengah malam tadi.

    Tiga buah jentera bomba bersama 16 orang anggota dari Balai Bomba Lambak Kanan dan Balai Bomba Berakas telah dikerahkan ke tempat kejadian dengan diketuai oleh DSO Haji Mohammad Noor bin Haji Ahad.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, apabila bomba tiba di tempat kejadian, api kecil telah membakar sebahagian kedai berkenaan yang beroperasi 24 jam di tingkat bawah bangunan.

    Mengikut siasatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, berlaku letupan sebelum kebakaran.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda