Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Tiga cedera ditikam dalam serangan rambang

    OSLO, 20 MEI – Seorang lelaki dari Syria disyaki menikam isteri dan seorang lelaki lain pada hari ini dalam serangan di sebuah kampung terpencil di Norway.

    Polis pada mulanya berkata suspek nampaknya telah memilih mangsanya ‘secara rambang,’ tetapi mengesahkan kemudian bahawa dia merupakan suami kepada wanita berkenaan.

    Kejadian berlaku berhampiran sebuah perhentian bas di Nore og Uvdal, sebuah bandar dengan kira-kira 3,000 penduduk yang terletak di lembah Nimedal di tenggara Norway.

    Suspek ditahan di tempat kejadian. Kedua-dua mangsa dibawa ke hospital, dan wanita itu berada dalam keadaan kritikal.

    Mangsa kedua, di mana hubungannya dengan penyerang masih tidak diketahui, hanya mengalami kecederaan ringan, kata polis.

    Saksi memberitahu media Norway mereka ternampak wanita itu terbaring ‘berlumuran darah.’

    “Kami boleh mengesahkan bahawa wujudnya hubungan keluarga di antara lelaki dan mangsa wanita yang ditikam,” kata inspektor polis Odd Skei Kostveit.

    Penyerang juga cedera tetapi tidak memerlukan rawatan di hospital, beritahu pegawai polis Tom Richard Jensen kepada wartawan. Motif serangan tidak didedahkan polis. – AFP

    Polis mengepung tempat kejadian di mana tiga orang ditikam di kampung Nore di Numedal, Norway kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...