Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga cedera ditikam di pusat membeli-belah Melbourne

    SYDNEY, 5 NOV – Seorang lelaki ditahan selepas didakwa menikam beberapa orang di sebuah pusat membeli-belah di Melbourne hari ini, lapor Xinhua.

    Polis di negeri Victoria dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 2:25 petang waktu tempatan hari ini di pusat membeli-belah Fountain Gate di Melbourne susulan laporan bahawa tiga orang diserang di perhentian bas.

    Ketiga-tiga mangsa, iaitu dua lelaki dan seorang wanita mengalami cedera ringan dan dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.

    Suspek, seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun melarikan diri dari tempat kejadian tetapi kemudian berjaya ditahan di dalam pusat membeli-belah itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda