Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga diberkas kebas AS$1 juta

    BEIRUT, 18 NOV – Polis di Lubnan, di mana krisis perbankan telah memaksa penduduk menyimpan wang tunai di rumah, berkata hari ini tiga orang telah ditahan selepas mencuri lebih AS$1 juta dari sebuah rumah.

    Tiga warga Syria – seorang lelaki, isteri dan anak saudara – ditahan pada 11 November, seminggu selepas melarikan diri dengan wang tunai yang telah disimpan dalam peti besi di sebuah rumah di Mount Lebanon, menurut kenyataan polis.

    Sebahagian besar wang telah ditemui, namun salah seorang di antara mereka telah membelanjakan AS$70,000 bagi majlis perkahwinan, sebuah kereta dan perabot.

    Krisis di Lubnan telah mendorong penduduk menyembunyikan kira-kira AS$10 juta
    di rumah mereka, menurut gabenor bank pusat Riad Salameh. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda