Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga didakwa curi kabel

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OGOS – Tiga orang warga tempatan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kes pencurian kabel di Daerah Temburong, baru-baru ini.

    Mohd Zulnizam bin Zulkifli, 36, Mohammad Jaidatul Fadillah bin Harris Fadilah, 33, dan Saadatul Amal Azirah binti Suhaili, 24, didakwa telah mencuri lebih kurang 500 meter kabel tembaga milik UNN dari sekitar kawasan tanah perkuburan di Kampung Sibulu, Temburong pada 27 Ogos lalu.

    Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan khianat dengan menyebabkan kerosakan sehingga membawa kerugian lebih $26,000 akibat pencurian tersebut. Majistret Kanan Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memerintahkan supaya tahanan reman ketiga-tiga tertuduh dilanjutkan sementara pihak Polis menjalankan siasatan.

    Mahkamah turut menangguhkan kes sehingga 7 September untuk disebut semula.
    Pendakwa Syazwani binti Jumat mewakili pendakwa raya dalam kes berkenaaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda