Oleh Syahmi Hassan
Gambar oleh Kementerian Kesihatan
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 DIS – Sebanyak tiga pelanggaran arahan telah didapati di seluruh negara semasa sekatan pergerakan Operasi Peralihan yang dijalankan semalam dari jam 10 malam hingga 4 pagi tadi, dan para pesalah telah pun dikeluarkan denda kompaun.
Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar telah mengongsikannya semasa Sidang Media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.
“Kesemuanya adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah,” jelas Yang Berhormat Dato.
Menurut kenyataan terkini Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), ketiga-tiga pelanggaran arahan tersebut didapati di Daerah Brunei Muara.