Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Majlis Ugama Islam Brunei memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah berkenan melantik tiga orang menjadi ahli Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB).
Ahli-ahli baharu berkenaan ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof dan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman.
Lantikan tersebut bermula pada 17 April bagi tempoh tiga tahun mengikut tempoh lantikan ahli-ahli MUIB yang ada pada masa ini.