Friday, May 9, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga ditahan cuba sembunyikan umang-umang dalam bagasi

    TOKYO, 8 MEI – Tiga lelaki warga China telah ditahan di Jepun selepas bunyi berkersik dari bagasi mereka menarik perhatian dan membawa kakitangan hotel kepada ribuan umang-umang yang disembunyikan di dalamnya, menurut kenyataan polis, hari ini.

    Seorang pekerja hotel di Bandar Amami, yang terletak di salah sebuah pulau subtropika di barat daya kepulauan Jepun, melaporkan kejadian mencurigakan itu kepada pihak berkuasa alam sekitar pada Selasa.

    “Tetamu berkenaan meminta pihak hotel menjaga bagasi mereka, dan bagasi tersebut mengeluarkan bunyi berkersik,” beritahu seorang pegawai polis kepada agensi berita AFP.

    Apabila dua daripada tiga lelaki tersebut kembali ke hotel, polis meminta mereka membuka bagasi mereka.

    Di dalam tiga bagasi itu, pihak berkuasa menemui kira-kira 95 kilogram umang-umang bercengkerang lingkaran yang dilindungi.

    Umang-umang tersebut tergolong dalam kumpulan spesies yang diiktiraf sebagai ‘monumen semula jadi negara’ disebabkan nilai budaya dan saintifiknya.

    Seorang lagi lelaki didapati memiliki 65 kilogram umang-umang dalam tiga bagasi tambahan, kata polis. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda