SAO PAULO, 30 JULAI – Polis Brazil berkata semalam tiga orang telah diberkas dalam insiden mencuri emas bernilai AS$30 juta dari lapangan terbang antarabangsa Sao Paulo pada minggu lalu.
Lelaki bersenjata yang menyamar sebagai polis persekutuan memasuki gudang di lapangan terbang pada petang Jumaat, melarikan lebih daripada 700 kilogram logam berharga itu.
Salah seorang yang ditahan bekerja di lapangan terbang dan mendakwa dia telah bekerjasama dengan perompak selepas keluarganya diculik, lapor media tempatan. Emas itu, yang telah dalam perjalanan ke New York dan Zurich, masih hilang. – AFP