Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga ditahan langgar undang-undang

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT – Tiga individu telah ditahan kerana dipercayai melanggar tiga undang-undang semasa Operasi Pulih yang menumpukan kepada operasi rondaan dan sekatan jalan raya di kawasan Ujung Jalan Sungai Kebun, Daerah Brunei Muara sekitar pukul 12:43 tengah malam semalam.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), penahanan dibuat oleh keanggotaan Balai Polis Kampong Ayer PPDB.

    Semasa rondaan tersebut, seorang perempuan warganegara tempatan berumur 52 tahun telah ditemukan sedang berdiri di kawasan berhadapan dengan Balai

    Bomba Sungai Kebun dan membawa bersamanya barang tegahan iaitu empat karton rokok yang dipercayai untuk dijual.

    Turut sama ditemukan ialah dua orang lelaki warganegara tempatan yang berumur 56 dan 43 tahun, juga berada di kawasan berkenaan dan dipercayai pembeli barang tegahan berkenaan.

    Ketiga-tiga individu berkenaan telah disiasat melibatkan pelanggaran undang-undang di bawah Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204 kerana melanggar arahan bertahan di kediaman, di bawah Akta Kastam dan Eksais Diraja (JKED) melibatkan penemuan barang tegahan dan di bawah Akta Lalulintas Jalanraya Penggal 68 melibatkan cukai jalan mansuh.

    Oleh yang demikian, PPDB memberi peringatan dan amaran bahawa pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap sebarang individu yang terlibat
    dalam mana-mana pelanggaran undang-undang di negara ini.

    Barang tegahan yang ditemui semasa rondaan oleh anggota Balai Polis Kampong Ayer di kawasan Ujung Jalan Sungai Kebun, Daerah Brunei Muara semalam. – Gambar serahan PPDB

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda