Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga entiti dimasukkan dalam Alert List AMBD

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OKT – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, menyatakan bahawa tiga entiti telah dimasukkan ke dalam Alert List AMBD bagi September 2020.

    Entiti-entiti tersebut ialah Aximtrade Localdepositor Brunei (FB Profile), Love Veena (FB Profile) dan Sulaimanmhd2 (IG Profile).

    Kenyataan menjelaskan Alert List AMBD ialah senarai individu, syarikat dan laman web yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah kawalan AMBD, atau mana-mana aktiviti yang menimbulkan kecurigaan akan berlaku aktiviti yang menyalahi undang-undang.

    Senarai itu adalah tanpa prejudis kepada sebarang penilaian lanjut oleh AMBD mengenai aktiviti-aktiviti syarikat berkenaan.

    Kenyataan menyatakan bahawa Alert List AMBD yang telah dikemaskinikan boleh didapati melalui laman web AMBD di www.ambd.gov.bn.

    Senarai syarikat-syarikat dan individu-individu yang dilesenkan oleh AMBD juga boleh didapati di laman web yang sama.

    Pada masa yang sama, AMBD ingin menasihati orang ramai supaya tidak berurusan dengan mana-mana entiti atau individu yang menjalankan aktiviti-aktiviti kewangan seperti penukaran wang, pengiriman wang dan pinjaman wang tanpa lesen atau apa jua aktiviti-aktiviti kewangan yang menimbulkan kecurigaan yang boleh menyalahi undang-undang di bawah pengawalseliaan AMBD.

    Jika berurusan dengan entiti atau syarikat atau individu yang tidak dikawal selia oleh AMBD, orang ramai tidak akan dilindungi di bawah rangka kerja penyeliaan yang ditadbir oleh AMBD.

    Jika orang ramai mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti yang tidak berlesen, sila hubungi AMBD melalui talian 2380007 atau e-mel melalui fci@ambd.gov.bn.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda