KOTA KINABALU, 7 JUN – Meningkatkan tahap penguatkuasaan dan operasi bersepadu, memperhebat risikan dan membina jalinan komuniti merupakan tiga fokus utama yang diberi perhatian bagi meningkatkan tahap keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) pada masa ini. Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), DCP Victor Sanjos berkata pihaknya sedang meningkatkan penguatkuasaan undang-undang terutama