Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga fokus utama FAM pada 2024

    KUALA LUMPUR, 29 DIS – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjadikan tiga pertandingan antarabangsa melibatkan skuad Harimau Malaya dan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) sebagai fokus utama badan induk itu tahun depan.

    Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata dua pertandingan mustahak skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon adalah Piala Asia 2023 di Doha, Qatar bulan depan serta pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

    Beliau berkata antara kedua-dua itu, pusingan kelayakan Piala Dunia/ Piala Asia yang terpenting kerana Malaysia menyasarkan layak ke pusingan ketiga kelayakan buat julung kali sekali gus mengesahkan tempat ke Piala Asia 2027 serta semakin hampir dalam perjalanan mencapai impian beraksi di Piala Dunia.

    “Paling penting kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 kita layak secara merit ke Arab Saudi (tuan rumah Piala Asia 2027)…saya kata kepada Kim Pan Gon pasukan perlu layak seawal mungkin, tak boleh tunggu sehingga saat akhir,” katanya baru-baru ini.

    Ketika ini, Malaysia mendahului saingan Kumpulan D pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 dengan mengumpul enam mata selepas menundukkan Kyrgyzstan 4-3 di Stadium Nasional, Bukit Jalil dan melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Taiwan di Taipei, bulan lepas. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda