Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga guru positif, pembukaan dua sekolah di S’wak ditangguh

    KUCHING, 4 OKT – Pembukaan semula sesi persekolahan di dua sekolah menengah kebangsaan (SMK) berasrama di daerah Lawas, ditangguhkan ke Rabu ini (6 Okt) setelah tiga guru disahkan positif COVID-19.

    Timbalan Menteri Pendidikan II Mohamad Alamin berkata ia membabitkan dua guru dari SMK Merapok dan seorang guru dari SMK Trusan.

    “Pihak Kementerian Kesihatan dan Jabatan Pendidikan Daerah Lawas akan terus memantau perkembangan di kedua-dua sekolah ini. Kita harap perkara ini tidak akan berpanjangan dan mudah-mudahan sekolah dapat dibuka secepat mungkin,” katanya pada sidang media selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Matang Jaya di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda