Penyanyi popular era 1990an, Wann, 49, mendakwa pernah tiga kali menerima lamaran untuk menyertai pertandingan nyanyian Gegar Vaganza (GV). Akui belum bersedia, dia bagaimanapun masih mempertimbangkan lamaran kali ketiga bagi penyertaan dalam musim keenam program berkenaan, tahun ini. “Saya takut dan tertanya-tanya sendiri dalam hati, mampukah saya bersaing? Banyak perkara harus difikirkan jika saya menyertai