Wednesday, June 26, 2024
23 C
Brunei

    -

    Tiga kanak-kanak maut dalam kebakaran rumah Vietnam

    HANOI, 17 JUN – Sebuah rumah di Hanoi terbakar dan mengorbankan tiga kanak-kanak serta seorang wanita, kata polis hari ini dalam satu kebakaran maut terbaharu yang melanda ibu negara Vietnam.

    Kebakaran itu melanda bangunan enam tingkat lewat kelmarin, dengan tiga orang dewasa melarikan diri dengan melompat ke atas bumbung bangunan berhampiran.

    Lebih 100 penyelamat dan 12 trak bomba telah dikerahkan untuk mengawal kebakaran itu.

    Polis kemudiannya menemui mayat wanita berusia 53 tahun dan tiga kanak-kanak berusia antara dua hingga 11 tahun itu selepas api berjaya dipadamkan.

    Tiga tingkat bawah bangunan itu digunakan sebagai kedai dan tempat penyimpanan cat dan bahan binaan, manakala bahagian luarnya ditutup dengan papan iklan.

    Tragedi itu berlaku kurang sebulan selepas 14 orang terkorban dalam kebakaran sebuah blok apartmen di Hanoi dan kurang setahun selepas satu lagi blok apartmen terbakar di sana mengorbankan 56 orang.

    Pihak berkuasa Vietnam telah berusaha untuk meningkatkan keselamatan kebakaran setelah bertahun-tahun peraturan diabaikan terutamanya di kawasan bandar yang padat dengan penduduk. – AFP

    Gambar hiasan. – Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bunuh 3 anak, ibu dipenjara 18 tahun

    WELLINGTON, 26 JUN - Seorang hakim di New Zealand hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun kepada seorang wanita kerana membunuh tiga anak perempuannya...