Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Tiga kapal bantuan FFC dipintas tentera Israel di perairan antarabangsa

    ISTANBUL, 8 OKT – Tentera laut Israel menyerang tiga kapal Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang menuju ke Gaza pada awal pagi hari ini di perairan antarabangsa, kira-kira 120 batu nautika (222 kilometer) dari enklaf itu, lapor agensi Anadolu.

    “Kami mengesahkan yang tiga kapal iaitu Gaza Sunbird, Alaa Al-Najjar dan Anas Al Sharif diserang dan dipintas secara haram oleh tentera Israel pada 4:34 pagi, 220 km dari pantai Gaza,” menurut Jawatankuasa Antarabangsa untuk Menamatkan Kepungan Gaza di platform X.

    “Video menunjukkan detik serangan ke atas bot Sunbird dan percubaan untuk menyembunyikan jenayah itu dengan menyerang kamera menggunakan senjata,” katanya.

    Siaran langsung di saluran YouTube gabungan itu menunjukkan beberapa askar Israel menyerbu kapal Gaza Sunbird.

    Media melaporkan sebelum ini yang  tentera Israel sedang bersiap sedia untuk menyerang flotila itu.

    “Kira-kira 120 batu nautika dari Gaza, Israel menyerang flotila kami,” kata gabungan itu kemudian di platform media sosial AS, Instagram. Kebanyakan siaran langsung terputus, katanya, sambil menjelaskan yang tentera Israel sedang cuba mengubah laluan mereka. – Bernama

    Rakaman gambar menunjukkan seorang askar Israel cuba mencapai kamera di atas kapal Gaza Sunbird di Laut Mediterranean Timur, kelmarin. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...

    Cabaran Alpha disambut meriah

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV -...

    Brazil anggap penarikan balik tarif AS sebagai ‘kemajuan signifikan’

    SAO PAULO, 23 NOV - Naib Presiden Brazil, Geraldo...

    Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan perpisahan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Yang Di-Pertua Majlis...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...