Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Tiga keluarga terima bantuan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Tiga orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian rumah roboh dan kebakaran rumah hari ini menerima bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), pada Majlis Penyerahan Bantuan yang berlangsung di Bilik Kunjungan, bangunan KKBS.

    Sumbangan itu disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad kepada ketua-ketua keluarga tersebut.

    Penerima pertama ialah mangsa kebakaran rumah di Kampung Rancangan Perumahan Negara (RPN) Bukit Beruang, Daerah Tutong yang mengalami kerosakan pada sebahagian rumahnya pada 6 September lalu. 

    Manakala dua orang penerima merupakan mangsa bencana rumah roboh masing-masing di Kampung Bakut Berumput dan Kampung Lurong Dalam, Daerah Brunei dan Muara pada kejadian yang berlaku 15 dan 20 September lalu.

    Kesemua mangsa bencana telah menerima bantuan kewangan hari ini bagi membantu meringankan kesusahan yang dialami untuk meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada majlis yang berlangsung di Bilik Kunjungan, bangunan KKBS, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...