Saturday, July 27, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Tiga korban Siklon Mandous di Sri Lanka

    COLOMBO, 12 DIS – Tiga orang terbunuh dan lebih 21,000 penduduk terjejas oleh cuaca buruk dicetuskan siklon Mandous, menurut Pusat Pengurusan Bencana (DMC) Sri Lanka hari ini.

    DMC memaklumkan 19 orang cedera dan mereka yang terjejas melibatkan 6,113 keluarga di 16 daerah dan bencana itu turut menyebabkan 5,639 rumah di kebanyakan kawasan mengalami kerosakan, lapor Xinhua.

    Timbalan Pengarah DMC Pradeep Kodippili memberitahu media bahawa pihaknya sudah mula menilai kerosakan dan mereka yang terjejas akan menerima pampasan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...