Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Tiga lagi angkasawan China bakal dihantar Jun ini

    BEIJING, 17 APRIL – China akan menghantar tiga angkasawan lagi ke stesen angkasa lepas terbaharunya pada Jun selepas kru terbaharu kembali pada hujung minggu ini selepas berada enam bulan di orbit, kata pegawai hari ini.

    Kru Shenzhou 14 akan menghabiskan enam bulan di Tiangong untuk menambah dua lagi modul di stesen, beritahu Hao Chun, pengarah Pejabat Kejuruteraan Angkasa Lepas China, pada sidang media.

    Program angkasa lepas China membawa angkasawan pertamanya ke orbit pada 2003, mendarat perayau robot di bulan pada 2013, dan di Marikh tahun lalu. Pegawai telah membincang kemungkinan misi kru baharu ke bulan.

    Modul teras Tiangong, atau Heavenly Palace, dilancarkan pada April 2021. Pembinaan dirancang siap pada tahun ini.

    Sementara itu, modul Wentian akan dilancarkan pada Julai dan model Mengtian pada Oktober, kata Hao.

    Semalam, kru Shenzhou 13 mendarat di padang pasir Gobi di utara rantau Mongolia.

    Semasa misi, angkasawan Wang Yaping menjalankan aktiviti berjalan pertama oleh seorang wanita China. Wang, komander Zhai Zhigang dan rakan kru Ye Guangfu juga menyiarkan pembelajaran fizik untuk pelajar sekolah tinggi.

    China adalah negara ketiga yang melancarkan angkasawan ke angkasa lepasnya sendiri selepas Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat. Tiangong ialah stesen angkasa lepas ketiga China selepas pelancaran sebelumnya pada 2011 dan 2016.

    Kerajaan mengumumkan pada 2020 bahawa kapal angkasa lepas boleh diguna semula pertama China telah mendarat susulan ujian penerbangan namun tidak ada gambar atau butir yang telah dikeluarkan. – AP

    Gambar serahan Agensi Berita Xinhua menunjukkan kapsul misi angkasa lepas Shenzhou-13 selepas mendarat di tapak Dongfeng di utara Mongolia pada 16 April 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...