Friday, December 27, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga lagi dijangkiti koronavirus

    TOKYO, 30 JAN – Tiga warga Jepun yang dipindah dari pusat wabak koronavirus baharu telah diuji positif menghidap penyakit tersebut, kata kerajaan hari ini, tatkala ia menghadapi kritikan atas langkah kuarantin negara.

    Kes baharu itu diumumkan tatkala satu lagi penerbangan dari Wuhan mendarat di Tokyo, dan kerajaan mengesahkan kes kedua jangkitan virus di Jepun.

    Lebih daripada 400 orang telah pun dihantar pulang dari Wuhan, pusat wabak yang telah membunuh 170 orang dan menjangkiti ribuan yang lain.

    Namun sementara warga yang pulang memuji usaha kerajaan untuk membawa mereka pulang, timbulnya kritikan mengenai keputusan Jepun untuk membenarkan ketibaan untuk ‘mengkuarantin kendiri,’ dengan dua orang dalam penerbangan pertama enggan diuji untuk virus berkenaan. – AFP

    Sebuah bas membawa rakyat Jepun bertolak berikutan ketibaan penerbangan kedua dari Bandar Wuhan, yang diatur oleh kerajaan Jepun untuk memindah rakyatnya di lapangan terbang Haneda di Tokyo kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda