Friday, September 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga lagi disenarai dalam Alert List BDCB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Tiga lagi syarikat atau individu iaitu BTC Brunei Darussalam, Fusion Market dan Royal Be Invested / Prestige Be Invested Ent telah dimasukkan ke dalam Alert List.

    Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dalam kenyataannya hari ini, berhubung pengemaskinian Alert List itu menyatakan senarai tersebut adalah tanpa prejudis kepada sebarang penilaian lanjut oleh BDCB terhadap aktiviti-aktiviti entiti berkenaan.

    Alert List BDCB merupakan senarai entiti-entiti (iaitu syarikat dan individu) yang, berdasarkan maklumat yang tersedia kepada BDCB pada masa penerbitan, mungkin atau berkemungkinan telah disalah anggap sebagai dilesenkan atau diberi kebenaran/kelulusan atau dikawal selia oleh BDCB.

    Alert List BDCB yang telah dikemaskinikan boleh didapati di laman web BDCB.

    BDCB menasihatkan orang ramai supaya hanya berurusan dengan institusi-institusi kewangan yang berlesen dan seterusnya berwaspada terhadap syarikat atau individu tidak berlesen yang menjalankan atau menawarkan perkhidmatan kewangan, terutamanya yang berunsurkan skim cepat kaya dan skim piramid.

    Gambar Freepik

    Antara perkhidmatan kewangan di bawah bidang kuasa BDCB adalah penukaran wang, pengiriman wang dan pinjaman wang.

    Orang ramai juga diingatkan perlindungan di bawah rangka kerja penyeliaan BDCB tidak dapat diberikan kepada sesiapa yang memilih untuk berurusan dengan syarikat atau individu yang tidak dilesenkan atau dikawal selia.

    Orang ramai juga boleh melayari laman web BDCB di www.bdcb.gov.bn atau Instagram BDCB @centralbank.brunei untuk maklumat lanjut mengenai bahaya entiti kewangan tidak berlesen serta cara-cara mengenal pasti penipuan kewangan.

    BDCB akan terus mementingkan kestabilan kewangan Negara Brunei Darussalam dan mengutamakan perlindungan sistem kewangan dan kepentingan pengguna kewangan di negara ini.

    BDCB juga akan terus memantau sebarang aktiviti kewangan yang mencurigakan atau tidak berlesen. Jika orang ramai mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti yang tidak berlesen, sila hubungi BDCB melalui talian 2380007 atau 8380007 atau e-mel melalui fci@bdcb.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda