Thursday, January 23, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga lagi pesakit meninggal dunia

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MAC – Tiga lagi pesakit disahkan positif COVID di Negara Brunei Darussalam telah meninggal dunia dalam masa 24 jam yang lalu.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah pada sidang media harian COVID di Dewan Al-‘Afiah mengatakan ketiga-tiga kes tersebut tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID-19.

    Di kesempatan itu, Yang Berhormat Dato mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga Allahyarham dan mendiang.

    “Semoga keluarga mendiang diberikan kesabaran dalam menghadapi pemergiannya dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para salehin. Al-Fatihah.”

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda