Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga lelaki curi bot terima padah

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Tiga lelaki, masing-masing dijatuhi hukuman enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencuri bot jenis gentian kaca dari jeti Pangkalan Biang, Temburong.

    Hukuman terhadap Dahlan bin Haji Tamin, 41, Awangku Muhammad Najmuddin bin Pengiran Alias, 24, dan Mukrim bin Lamit, 35, diputuskan Majistret Kanan Hajah Azrimah binti Haji Abdul Rahman dalam sebutan hukuman pada Sabtu lalu.

    Menurut fakta kes, ketiga-tiga tertuduh merancang untuk mencuri bot itu dan telah meminjam treler untuk menunda bot itu dari jeti. Bot itu kemudian disimpan oleh Awangku Muhammad Najmuddin di rumahnya, yang mana kejadian didakwa berlaku antara 11 dan 18 April lalu. Pemilik bot yang menyedari botnya telah hilang pada 18 April membuat laporan polis selepas gagal mengesannya di sekitar kawasan jeti. Bot itu hanya dijumpai pada 26 April oleh jiran kepada pemilik bot. Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Qamarul Affyian bin Abdul Rahman.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda