TEMBURONG, 26 April – Tiga orang lelaki ditangkap polis selepas mengaku mencuri sebuah perahu di Kampung Biang, Daerah Temburong baru-baru ini setelah perahu tersebut ditemui di halaman rumah seorang daripadanya.
Penangkapan dibuat atas aduan kehilangan perahu persendirian di Balai Polis Bangar pada 19 April lalu oleh pemiliknya dari kawasan penurunan perahu Kampung Biang.
Perahu tersebut kemudiannya dirampas oleh pihak polis dan dibawa ke Balai Polis Bangar untuk dijadikan barang bukti dan siasatan lanjut. Tiga lelaki tersebut Awangku Muhammad Najmuddin bin Pengiran Alias, 24, Dahlan bin Haji Tamin, 41, dan Mukrim bin Lamit, 36 yang ditangkap kemudiannya, mengaku mencuri perahu tersebut dan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Bandar Seri Begawan untuk dibicarakan.