Tiga lelaki dipancung ditemui dalam kereta

ACAPULCO, Mexico, 2 Jan – Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh pada hujung minggu Tahun Baru di bandar peranginan Acapulco, termasuk tiga lelaki yang ditemui mati kerana dipancung di kawasan kejiranan pusat, kata para pegawai semalam.

Penemuan tiga lelaki yang dipancung itu ditemui Sabtu lalu di jalan kediaman di dalam kereta mereka. Pembunuhan tersebut telah disahkan oleh seorang pegawai penguatkuasa undang-undang yang tidak diberi kuasa untuk membincangkan perkara itu kepada umum dan bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Pada hari yang sama, lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah polis yang membantu di tempat kejadian kemalangan jalan raya di pusat pelancong dekat dengan pantai, membunuh seorang pegawai. – AP