Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga lelaki ditangkap curi buaya di Afrika Selatan

    CAPE TOWN, 24 APRIL – Tiga lelaki telah ditangkap di Afrika Selatan kerana mencuri seekor buaya Nil sepanjang 2.5 meter bernilai kira-kira AS$1,300 dari sebuah ladang di wilayah Barat Laut, kata polis hari ini.

    Lelaki berkenaan yang berumur antara 20 hingga 35 tahun dipercayai menggunakan sebuah trak pikap untuk membawa haiwan itu dari ladang buaya di kawasan Hartbeesfontein kira-kira 200 kilometer ke barat Johannesburg.

    Buaya itu ditemui dalam keadaan terikat dengan tali dan dawai di sebuah rumah ladang terbiar. Lelaki itu telah menutupnya dengan dahan pokok dalam usaha untuk menyembunyikannya, kata polis.

    Polis turut menemui trak pikap yang digunakan dalam kegiatan itu. Lelaki berkenaan telah ditangkap minggu lalu dan akan dihadapkan ke mahkamah hari ini.

    Polis sedang menyiasat bagaimana mereka berjaya mengeluarkan buaya besar itu dari ladang, yang mempunyai pagar selamat, kata jurucakap polis, Kolonel Adele Myburgh.
    – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda