Saturday, July 26, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga lelaki hilang ketika memancing, mandi ditemui maut

    MEMPHIS, TENNESSEE, 24 JULAI – Tiga lelaki yang dilaporkan hilang semasa memancing dan mandi di sebuah beting pasir di Sungai Mississippi berhampiran Memphis, Tennessee, telah ditemui maut, menurut pihak berkuasa kelmarin.

    Pasukan mencari dan menyelamat dari Pejabat Sheriff Daerah Shelby bersama beberapa agensi lain di kawasan Memphis memulakan pencarian pada malam Selasa selepas ketiga-tiga lelaki itu dilaporkan hilang berhampiran pelantar bot di Taman Negeri Meeman-Shelby Forest, menurut kenyataan pihak berkuasa.

    Operasi pencarian yang melibatkan pesawat, bot penyelamat dan penggunaan teknologi sonar terpaksa dihentikan malam itu kerana keadaan gelap dan disambung semula pagi kelmarin, jelas pejabat sheriff.

    Dua mayat pertama ditemui sekitar jam 11 pagi dan mayat ketiga ditemui pada jam 12:45 tengah hari, kata pejabat sheriff. Punca kematian akan ditentukan oleh pakar forensik. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda