Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga mahasiswa UBD berlepas ke Hong Kong

    Oleh Normazlina M.D

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Jun – Tiga orang mahasiswa Universiti Brunei Darussalam (UBD), semalam, telah berlepas ke Hong Kong untuk menyertai  Kongres Belia Antarabangsa 2017 yang berlangsung selama empat hari hingga 30 Jun ini.

    Seminar yang akan berlangsung di Universiti Polytechnic Hong Kong itu antara lain bertujuan sebagai platform bagi mengongsikan penyelidikan terutama tentang etnik dan budaya sesebuah negara.

    Tiga wakil UBD berkenaan, Awang Syah Nurjaya bin Haji Yani, Chong Kai Lung @Adam dan Haji Abdul Mateen Bolkini bin Haji Ahmad menyertai seminar itu sebagai pembentang dan peserta seminar.

    Mereka juga akan mengongsikan penyelidikan tentang etnik-etnik yang terdapat di Negara Brunei Darussalam.

    Kesemua perbelanjaan bagi mengikuti program tersebut ditaja sepenuhnya oleh Universiti Polytechnic Hong Kong, manakala itu, perbelanjaan penerbangan ditaja oleh Persatuan Mahasiswa Mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (PMUBD).

    Dengan mengikuti seminar berkenaan, ia juga akan dapat mengembangkan ilmu dan mengongsikan penyelidikan etnik-etnik Negara Brunei Darussalam ke serata dunia di samping dapat mengenalkan Brunei kepada peserta-peserta seminar.

    Awang Syah Nurjaya, Chong Kai Lung @Adam dan Haji Abdul Mateen Bolkini berlepas untuk menyertai  Kongres Belia Antarabangsa 2017, Hong Kong, kelmarin.
    Awang Syah Nurjaya, Chong Kai Lung @Adam dan Haji Abdul Mateen Bolkini berlepas untuk menyertai  Kongres Belia Antarabangsa 2017, Hong Kong, kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda