Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tiga mangsa Macau Scam di Peru pulang ke Malaysia

    SEPANG, 26 OKT – Tiga rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia sindiket Macau Scam di Peru dan diselamatkan pihak berkuasa negara berkenaan, selamat kembali ke tanah air hari ini.

    Mangsa, dua wanita dan seorang lelaki berusia antara 23 dan 25 tahun itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 1:30 tengah hari.

    Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata mereka adalah antara 43  warganegara Malaysia yang menjadi mangsa penyeludupan manusia sindiket Macau Scam yang diselamatkan oleh polis Peru pada 7 Oktober lepas.

    “Baki mangsa masih berada di Peru dan ditempatkan di suatu lokasi yang selamat di bawah pemantauan pihak berkuasa negara itu,” katanya dalam sidang media bersama tiga mangsa tersebut di KLIA di sini.

    Mohamad berkata Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Peru akan menyelaras urusan penghantaran pulang 37 mangsa lagi, yang dijadualkan tiba di tanah air secara berkumpulan pada 28 Oktober hingga 1 November ini.

    Beliau berkata tiga lagi warganegara Malaysia masih ditahan pihak berkuasa Peru untuk proses siasatan lanjut berdasarkan undang-undang tempatan. – Bernama

    Datuk Mohamad Alamin (kiri) menyambut kepulangan rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia sindiket Macau Scam di Peru, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...