Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga mati ditikam di restoran piza Seoul

    SEOUL, 3 SEPT – Seorang lelaki menikam mati tiga orang di sebuah restoran piza di Seoul hari ini, menurut polis, dalam serangan yang jarang berlaku di ibu kota Korea Selatan yang biasanya selamat.

    Polis berkata serangan di daerah Gwanak itu dilakukan oleh pemilik restoran berkenaan selepas dia terlibat dalam pertikaian dengan kontraktor sebelum menikam tiga individu dan kemudian cuba mencederakan dirinya sendiri.

    Dalam kenyataan polis, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 11:00 pagi dengan mesej, “Tolong saya, saya telah ditikam.”

    Mangsa, terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita, dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia.

    Suspek yang berusia dalam lingkungan 40an kini berada dalam tahanan polis, tetapi ‘cuba membunuh diri di tempat kejadian.’

    Korea Selatan secara amnya sebuah negara yang sangat selamat, dengan kadar pembunuhan hanya 1.3 bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2021, menurut statistik rasmi – jauh lebih rendah berbanding purata global sekitar enam bagi setiap 100,000.

    Namun, kebelakangan ini beberapa kes tikaman telah berlaku, termasuk insiden pada Mei lalu melibatkan seorang lelaki yang menikam tiga anggota polis. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda