Wednesday, September 25, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga maut dalam banjir besar di tengah Vietnam

    HANOI, 24 SEPT – Banjir besar di tengah Vietnam telah mengorbankan tiga orang dan memaksa lebih 10,000 penduduk untuk meninggalkan rumah mereka, kata pegawai bencana hari ini.

    Awal bulan ini, kawasan luas di utara negara itu telah musnah akibat banjir susulan Taufan Yagi, yang mengakibatkan hampir 300 orang terkorban dan kerosakan bernilai AS$1.6 bilion.

    Namun, ketika air banjir Yagi mulai surut di utara, tengah Vietnam minggu lalu dilanda satu lagi ribut teruk yang membawa hujan lebat dan menyebabkan paras sungai meningkat ke tahap berbahaya.

    Pegawai pengurusan bencana di wilayah Thanh Hoa berkata hari ini bahawa dalam tempoh tiga hari lalu, lebih 11,700 orang telah meninggalkan rumah mereka  yang kebanyakannya separa tenggelam  untuk mencari tempat yang lebih tinggi.

    Di wilayah bersebelahan, Nghe An, tiga orang dilaporkan maut selepas dihanyutkan dalam banjir kilat. – AFP

    Seorang petani berusaha menyelamatkan hasil tuaiannya dari sawah yang ditenggelami air di daerah Chuong My di Hanoi, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda