Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga maut dalam kebakaran di Loji Petrokimia di Iran

    TEHRAN, 11 JUN – Satu kebakaran berlaku di sebuah kompleks loji petrokimia di selatan Iran hari ini dan telah mengorbankan kira-kira tiga orang, lapor televisyen negara tersebut.

    “Memandangkan skala kejadian, jumlah kecederaan dan kematian dijangka meningkat,” menurut penyiar itu sambil menyiarkan imej asap tebal yang membumbung dari Kompleks Petrokimia Kaveh di wilayah Bushehr, kira-kira 1,200 kilometer selatan Tehran.

    Datuk Bandar pelabuhan berdekatan, Dayyer, Alireza Sajadi, memberitahu televisyen kebakaran itu bermula di pelabuhan khas kompleks tersebut namun ‘telah berjaya dikawal’.

    Beliau berkata punca kebakaran masih belum diketahui, tetapi maklumat lanjut akan diumumkan dalam ‘beberapa jam lagi’.

    ebakaran itu berlaku hanya sedikit lebih sebulan selepas letupan besar di pelabuhan Shahid Rajaee di Bandar Abbas yang meragut 58 nyawa dan menyebabkan kerosakan besar. Pegawai ketika itu telah menyalahkan ‘kecuaian’ sebagai punca. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda