Thursday, October 3, 2024
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga maut dalam nahas helikopter

    NEW DELHI, 2 OKT – Sebuah helikopter peribadi terhempas di barat India hari ini, mengorbankan tiga orang, kata seorang pegawai bomba.

    Helikopter itu terbakar di kawasan berbukit selepas terhempas di pinggir bandar Pune, tenggara hab kewangan Mumbai, kira-kira jam 6:45 pagi.

    Dua juruterbang dan seorang jurutera maut dalam nahas itu, kata ketua pegawai bomba, Devendra Potphode.

    “Apabila sampai di tempat kejadian, kami melihat helikopter itu terhempas dan semua bahagiannya berselerak,” katanya.

    “Kami dapat mengeluarkan tiga mangsa, dan kejadian ini telah dilaporkan kepada pihak polis.”

    Helikopter itu telah disewa oleh Parti Kongres Nasionalis dan ia dalam perjalanan menuju ke Mumbai.

    Walaupun punca nahas masih belum dikenal pasti, laporan media menyatakan terdapat kabus tebal di kawasan tersebut ketika itu. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda