Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga maut dalam tembakan nekad

    ABERDEEN, Amerika Syarikat, 21 Sept – Seorang wanita melepaskan tembakan dengan menggunakan pistol kelmarin di gudang di mana dia bekerja di negara bahagian timur Amerika Syarikat, Maryland, membunuh tiga orang dan mencederakan tiga lagi dalam insiden tembakan terbaharu, kata polis.

    Suspek berusia 26 tahun yang dikenal pasti sebagai Snochia Moseley meninggal selepas menembak dirinya di bahagian kepala, Sheriff Wilayah Sherford, Jeff Gahler memberitahu wartawan.

    Gahler berkata Moseley merupakan pekerja sementara di pusat pengedaran bagi pembekal kedai ubat Rite Aid di Aberdeen, Maryland.

    “Kami tidak menemukan sebarang motif bagi jenayah yang tidak masuk akal ini,” katanya, tetapi isu keganasan mungkin tidak berlaku.

    Tiga mangsa yang tercedera dimasukkan ke hospital dan dikatakan masih menerima rawatan.

    Polis menghalang jalan berhampiran lokasi kejadian di Aberdeen, Maryland, kelmarin selepas seorang pekerja melepaskan tembakan di kompleks gudang di utara bandar Baltimore, AS, membunuh dan mencederakan orang ramai. – AFP

    Dia tidak mendedahkan nama mana-mana mangsa untuk diberitahu kepada keluarga mereka.

    Insiden penembakan biasa berlaku di Amerika Syarikat tetapi majoriti melibatkan lelaki dan kejadian di Aberdeen adalah insiden penembakan yang jarang dilakukan oleh seorang wanita.

    Gahler berkata Moseley tinggal di Wilayah Baltimore dan pistol yang digunakannya dalam serangan itu telah didaftarkan di bawah namanya.

    Dia berkata wanita itu memiliki senjata. Dia menggambarkan bagaimana wanita itu muncul untuk bekerja sekitar jam 9:00 pagi waktu tempatan, di mana insiden tembakan itu berlaku beberapa minit selepas itu. Beberapa pekerja yang berada di dalam dan di luar gudang Rite Aid tercedera.

    Polis segera bertindak selepas menerima laporan mengenai insiden tersebut tetapi Gahler berkata tiada tembakan dilepaskan oleh pihak penguatkuasa undang-undang.

    Andre Cedeno, 30, memberitahu The Baltimore Sun bahawa kakaknya, Lea, berada di kilang Rite Aid dan dia bergegas ke sana dari tempat kerjanya selepas mendengar bunyi tembakan itu.

    “Dia panik dan bersembunyi di bilik mandi,” kata Cedeno. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda