Tuesday, February 4, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga maut dihempap siling rumah

    PRISTINA, 3 FEB – Siling di sebuah rumah terbiar di barat daya Kosovo runtuh dan telah membunuh tiga kanak-kanak bawah umur, kata polis, kelmarin, ketika pihak berkuasa melancarkan siasatan berhubung punca kejadian.

    Menurut penguatkuasaan undang-undang, kejadian berlaku di kampung Jablanica Sabtu lalu apabila sebahagian siling struktur rumah tersebut runtuh menghempap tiga remaja di dalamnya.

    Jurucakap polis tempatan, Sheremet Elezaj berkata, pasukan perkhidmatan kecemasan dihantar ke lokasi sejurus selepas mengetahui kejadian itu.

    “Pasukan hanya mengesahkan kematian mereka di tempat kejadian,” tambah Elezaj.

    Pendakwa raya Kosovo berkata dalam satu kenyataan, semua laporan penyiasatan sedang diambil dan mayat telah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.

    Perparim Ademaj, seorang penduduk yang menyertai pencarian mangsa, berkata kepada media tempatan bahawa mayat mangsa berusia antara 14 hingga 15 tahun telah ditemui dalam keadaan terbaring di bawah runtuhan siling.

    Media tempatan turut melaporkan rumah itu sudah berpuluh tahun tidak berpenghuni. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda