FUKUSHIMA, 18 FEB – Tiga orang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri hari ini di kawasan yang mempunyai kepekatan tinggi gas beracun berhampiran kawasan peranginan air panas di Fukushima, timur laut Jepun dan kemudian disahkan meninggal dunia, menurut pihak berkuasa bomba tempatan.
Menurut agensi berita Kyodo, ketiga-tiga mangsa ditemukan ketika operasi mencari tiga pekerja sebuah hotel di kawasan Takayu Onsen iaitu pengurus dalam usia 60an dan dua pekerja, dalam usia 50an dan 60an. Ketiga-tiga mereka hilang pada petang sebelumnya selepas memasuki kawasan pergunungan berdekatan untuk kerja penyelenggaraan air panas.
Kawasan itu mempunyai kepekatan gas yang tinggi, termasuk hidrogen sulfida, menurut pihak berkuasa. – Bernama
