Tiga maut helikopter terhempas

JUBA, 10 Feb – Sebuah helikopter tentera Ethiopia terhempas di kawasan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), di rantau berbalah Abyei antara Sudan dan Sudan Selatan, mengorbankan tiga orang krunya dan mencederakan 10 penumpang lain, menurut kenyataan PBB hari ini.

Kenyataan itu menyatakan helikopter itu membawa 23 orang penumpang semasa ia terhempas di kawasan Pasukan Keselamatan Sementara PBB bagi Abyei (UNISFA), mengorbankan tiga daripada krunya.

“Seramai 10 orang penumpang mengalami kecederaan dengan tiga yang lain dalam keadaan kritikal,” tambahnya. – AFP