Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga maut insiden tembakan pesta Halloween

    LOS ANGELES, 31 OKT – Tiga orang maut manakala sembilan lagi cedera dalam satu insiden tembakan pada malam Selasa di sebuah pesta Halloween di Long Beach, California, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa.

    Anggota bomba dan polis Long Beach memberikan respons dalam insiden itu yang berlaku di sebuah kediaman pada kira-kira pukul 10:44 malam waktu tempatan.

    Tiga lelaki disahkan maut dan sembilan lagi dikejarkan ke beberapa hospital tempatan, menurut Jake Heflin, pegawai maklumat awam Jabatan Bomba Long Beach.

    Beliau berkata lokasi kejadian ‘jelas kelihatan penuh dengan kekecohan’ dalam satu video yang dikeluarkan bandar Long Beach.

    Seorang penduduk tempatan memberitahu akhbar Los Angeles Times bahawa beliau telah terdengar ‘beberapa bunyi das tembakan’ dan kurang 10 minit kemudian, ‘siren polis.’ – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda