MONTREAL, 2 FEB – Tiga individu maut manakala dua lagi cedera dalam satu kejadian tembakan di sebuah pangsapuri, yang disewa menerusi perkhidmatan Airbnb di Toronto, kata polis semalam. “Tiga orang maut ditembak lewat malam Jumaat manakala mangsa keempat mengalami kecederaan,” kata polis di bandar terbesar Kanada itu melalui Twitter. Menurut polis, mangsa kelima cedera ditikam, namun keadaannya tidak membimbangkan. – AFP