Saturday, October 26, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga maut, lima hilang dalam kemalangan helikopter di Nigeria

    KANO, 25 OKT – Kira-kira tiga orang terbunuh dalam nahas helikopter di Negeri Port Harcourt yang kaya dengan minyak di Nigeria, kelmarin, dengan lima yang lain dilaporkan hilang, lapor agensi Anadolu yang memetik Kementerian Penerbangan dan Pembangunan Aeroangkasa.

    Kemalangan itu dilaporkan berlaku pada 11:22 pagi waktu tempatan di Rivers State berhampiran pantai Atlantik negara itu.

    Helikopter jenis Sikorsky SK76 yang dikendalikan syarikat East Wind Aviation itu sedang dalam perjalanan dari Pangkalan Tentera Port Harcourt (DNPM) ke pelantar minyak Nuimantan apabila ia terhempas berhampiran bandar Finima.

    Jurucakap kementerian, Odutayo Oluseyi berkata lapan orang berada di dalam pesawat ketika ia terhempas, termasuk tiga yang disahkan meninggal dunia.

    Beliau berkata pihak tentera turut mengambil bahagian dalam usaha mencari mangsa yang terselamat, dibantu oleh pesawat terbang rendah.

    Insiden itu berlaku selepas beberapa kemalangan helikopter maut yang lain, menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pakar penerbangan dan keselamatan. Gesaan semakin meningkat di negara itu agar pihak berkuasa penerbangan awam dan tentera memperkukuh piawaian operasi dan memperketatkan peraturan keselamatan. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda