Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga maut nahas pesawat kecil

    JAKARTA, 20 MEI – Sebuah pesawat kecil yang membawa tiga orang terhempas di bandar Tanggerang bersempadan dengan ibu negara Indonesia Jakarta kelmarin, membunuh semua di dalamnya, kata seorang penyelamat.

    Pesawat dengan nombor pendaftaran PK-IFP terputus hubungan pada 1:43 tengah hari waktu Jakarta sebelum terhempas, kata Ramli Prasetio, pegawai akhbar pejabat mencari dan menyelamat Jakarta.

    “Tiga orang terkorban dalam nahas itu,” katanya kepada Xinhua.

    Pesawat yang dikendalikan oleh Indonesian Flying Club itu berlepas dari kawasan pantai Tanjung Lesung di wilayah Banten dan menuju ke Pondok Cabe di Tanggerang, kata Prasetio.

    Punca kejadian masih tidak diketahui, tetapi pegawai itu berkata keadaan cuaca buruk semasa kemalangan itu. – Xinhua

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda