Friday, January 31, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga maut selepas minum arak beras buatan sendiri

    PHNOM PENH, 30 JAN – Tiga penduduk kampung maut di wilayah Ratanakiri, timur laut Kemboja kelmarin selepas meminum arak beras buatan sendiri yang disyaki mengandungi ‘paras metanol yang tinggi’, menurut laporan kesihatan tempatan.

    Kejadian itu berlaku di Kampung Yasom, di Komun Soeung, daerah Bakeo selepas mangsa meminum arak beras yang dipercayai telah dicemari, menurut laporan daripada Pasukan Tindak Balas Kecemasan Jabatan Kesihatan Wilayah Ratanakiri.

    Mangsa terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 54 hingga 78 tahun, tambah laporan itu, dengan dua orang lagi dimasukkan ke hospital akibat kejadian berkenaan.

    “Mangsa mengalami gejala seperti sakit perut, batuk, kesukaran bernafas dan kerengsaan mata,” kata laporan tersebut.

    Sampel arak yang dipercayai tercemar telah diambil untuk ujian makmal bagi menentukan punca sebenar pencemaran.

    Jabatan Maklumat Wilayah Ratanakiri melaporkan bahawa sejurus selepas kejadian tragis itu, Gabenor Wilayah Ratanakiri, Nhem Sam Oeun, mengarahkan pihak berkuasa menutup sementara semua kilang penyulingan arak beras tempatan sehingga keputusan ujian makmal dikeluarkan.

    Arak beras sangat popular dalam kalangan penduduk luar bandar di Myanmar kerana harganya yang murah. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda