Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga maut terperangkap dalam kebakaran

    KUCHING, 14 NOV – Tiga individu termasuk dua wanita ditemukan maut setelah terperangkap dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di Kampung Gita di sini, malam ini.

    Mangsa yang maut ialah bekas Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Affendi @ Pandi Keli, 69, anaknya Aneeqa, 35, dan anak saudaranya Nor Hasyidah Ajis, 22.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.03 malam, dan kesemua mangsa ditemukan terperangkap di tingkat atas rumah berkenaan.

    “Setibanya di tempat kejadian, bomba mendapati rumah teres dua tingkat berstruktur kekal itu terbakar 100 peratus, manakala sebuah lagi rumah turut terbakar sebahagiannya, selain empat kenderaan turut musnah.

    “Ketiga-tiga mangsa dipercayai lemas selepas terperangkap dalam asap tebal,” katanya dalam kenyataan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda