Saturday, May 10, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga maut tragedi tanah runtuh di Sumatera

    MEDAN, 30 APRIL – Tanah runtuh mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang di sebuah tapak loji tenaga yang dibiaya China di pulau Sumatera, hari ini.

    Menurut Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan (BNPB), angka korban dikhuatiri meningkat susulan hujan lebat melanda beberapa kawasan di Sumatera Utara sejak semalam dan belum dapat dipastikan jika ada mangsa lain terperangkap.

    Jurucakap agensi itu, Raditya Jati, mengesahkan kepada AFP bahawa tiga orang ditemui maut termasuk dua kanak-kanak setakat ini dan pasukan penyelamat masih mencari mangsa lain.

    Seorang pegawai bencana tempatan berkata sekurang-kurangnya sembilan orang hilang dan dikhuatiri terperangkap di bawah timbunan lumpur dan sisa runtuhan, termasuk seorang pekerja China di Stesen Jana Kuasa Hidro di Batang Toru.

    Tanah runtuh dan banjir kilat adalah perkara yang biasa berlaku di seluruh kepulauan Indonesia semasa musim hujan. Bulan ini, lebih 200 orang terbunuh di gugusan pulau timur laut dan wilayah berjiran, Timur Leste, akibat Taufan Seroja yang menyebabkan penempatan masyarakat kawasan komuniti dipenuhi lumpur dan pokok tumbang. – AFP

    Dua kanak-kanak antara tiga korban yang disahkan di tapak loji tenaga yang dibiaya China di pulau Sumatera. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda