Tuesday, April 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga mayat ditemui dalam bangunan runtuh di Bangkok

    BANGKOK, 8 APRIL – Operasi menyelamat di Thailand diteruskan dengan usaha mengesan 77 pekerja yang masih hilang sedang giat dijalankan.

    Tiga lagi mayat telah ditemui dari runtuhan bangunan 30 tingkat yang runtuh di daerah Chatuchak, Bangkok, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 20 orang, menurut seorang pegawai penyelamat yang mengesahkan perkara itu, hari ini.

    Bangunan Pejabat Audit Negara (SAO) yang masih dalam pembinaan itu runtuh pada 28 Mac lalu, susulan kesan gempa bumi berukuran 8.2 magnitud yang melanda berhampiran Mandalay, Myanmar, kira-kira 392 kilometer dari wilayah Mae Hong Son, Thailand.

    Menurut pegawai berkenaan, tiga mayat terbaru itu ditemui di Zon B dan C, selepas pasukan penyelamat membersihkan serpihan dan turun ke dalam lubang sedalam 4 meter. – ANN/The Star

    Jentera berat digunakan untuk membersihkan serpihan di lokasi runtuhan bangunan yang masih dalam pembinaan di Bangkok pada 2 April. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda