Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga menteri kerajaan Gambia dijangkiti COVID-19

    BANJUL, GAMBIA, 3 OGOS – Tiga menteri di kerajaan Gambia telah disahkan positif COVID-19, kata para pegawai, beberapa hari setelah presiden negara Afrika Barat itu melakukan pengasingan diri.

    Presiden Adama Barrow mengatakan minggu lalu dia akan mengasingkan diri selama dua minggu setelah Naib Presiden Isatou Touray diuji positif.

    Menteri Kewangan Mambureh Njie, Menteri Petroleum dan Tenaga Fafa Sanyang dan Menteri Pertanian Amie Fabureh ‘telah disahkan positif’ virus itu, kata presiden dalam Twitternya semalam. Pihak berkuasa kesihatan, negara bekas jajahan Britain itu dengan penduduk sekitar dua juta orang telah mencatatkan 498 kes COVID-19 sehingga hari ini, dengan sembilan kes kematian sejak kes pertama dilaporkan pada bulan Mac lalu.

    Gambia menutup sempadan udara dan darat pada bulan Mac, juga telah menyekat pengangkutan awam, menutup sekolah dan pasar dan mewajibkan memakai topeng muka. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda