KOTA KINABALU, 13 MAC – Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee mahu memanfaatkan masa tiga minggu yang ada bagi memperbaiki kelemahan pasukan khususnya meningkatkan keserasian semua pemain sebelum perlawanan Liga Super menentang Melaka United pada 5 April depan.
Beliau berkata kemenangan 2-0 dalam perlawanan Piala FA menentang Respect FC malam tadi adalah sesuatu yang baik untuk pasukan, namun bekas jurulatih kebangsaan itu masih tidak berpuas hati dengan prestasi pemain terutama keserasian antara mereka.
“Segi keputusan bagus untuk kita layak ke pusingan seterusnya tetapi segi prestasi masih lagi banyak kelemahan, kalau lihat banyak pertukaran dari skuad utama dan beri peluang
kepada pemain lain tetapi belum dapat rentak lebih baik daripada saya jangkakan.” – Bernama